Khamis, 14 Mac 2013

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi





Sekarang aku.. dok layan satu drama melayu plak kat tv 3 iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi boleh tahan cite menarik nk tgok hero nye fahrin ahmad  heehee sinopsis  cite nie. **  Firdaus membawa diri ke Abu Dhabi

Watak utama dalam drama ini bermula mengenai Firdaus yang dilakonkan oleh Fahrin Ahmad yang telah membawa diri ke Abu Dhabi kerana tidak menahan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Firdaus terpaksa memutuskan talian pertunangan dengan Fatin yang dilakonkan oleh Fouziah Gous dan meninggalkan keluarganya.


Sekarang Firdaus telah mempunyai kerjaya yang sangat tinggi di kota Abu Dhabi sebagai seorang jurutera kanan. Firdaus hidup tenang di sisi isterinya, Ain Farohah lakonan Tasha Shila bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Ain pula menyimpan rahsia tentang kandungannya kerana tidak mahu mengecewakan Firdaus dan sanggup mengambil risiko untuk melahirkan anak mereka.


***)Firdaus hanya sekadar anak terbiar?


Penyatuan antara Firdaus dan Ain bermula dengan sebuah fitnah yang dirancangkan oleh Faiz (Shahrizal Jaszle) yang tidak pernah berpuas hati dengan abang angkatnya dimana Firdaus lebih disayangi oleh  Haji Ilham (Dato’ Rahim Razali) dan Hajah Kirana (Lidyawati). Pada hakikatnya Firdaus hanyalah bayi terbiar yang dijumpai oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana yang inginkan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Kebaikan dan kecerdikan Firdaus telah menjadi anak emas dan harapan kepada Haji Ilham sehinggalah kes khalwat yang telah memusnahkan segala-galanya.


Sambungan
sinopsis rindu bertemu di abu dhabi, Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz dimana mereka berdua telah ditangkap khalwat dengan keadaan tidak sedar diri di dalam bilik. Dengan segera Haji Ilham menghalau Firdaus keluar dari rumahnya dan ibu Ain pula meninggal dunia akibat tekanan akibat kes khalwat itu. Ain telah hilang tempat bergantung manakala adiknya, Mira (Elyssa Murni) menyalahkannya atas segala yang berlaku. Firdaus telah fikir masak-masak dan patut bertanggungjawab ke atas Ain. Oleh itu, Firdaus dengan berat hatinya memutuskan tali pertunangan dengan Fatin dan berkahwin dengan Ain.

***) Faiz mula tidak senang dengan kedatangan Firdaus


Acara pernikahan Firdaus dan Ain hanya disaksikan oleh Hajah Kirana dan adik bongsunya, Fareez (Aiman Hakim Ridza). Faiz pula berasa tidak puas hati dengan kehadiran Firdaus dalam keluarganya akan menggugat kedudukannya sebagai waris untuk mengambil alih syarikat Haji Ilham. Bagi Faiz, Firdaus hanyalah anak pungut yang menumpang kasih sayang daripada ibu bapanya. Faiz yang hanya tahu berjoli dan menghabiskan duit bersama teman wanitanya, Fifi (Syatila Melvin) memulakan rancangannya untuk menguasai perniagaan Haji Ilham djdanchef.blogspot.com.


****) Fareez menjemput Firdaus segera pulang ke Malaysia


Fareez telah bertolak ke Abu Dhabi untuk menjejaki abangnya bagi memenuhi hasrat neneknya yang mahu berjumpa dengan Firdaus sebelum meninggal dunia. Firdaus terkejut dengan kemunculan Fareez tetapi ego telah mengatasi segalanya dan Firdaus masih belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.


Haji Ilham pula menetapkan syarat bahawa Faiz perlu berkahwin berumah tangga dahulu sebelum syarikat itu  diserahkan sepenuhnya kepada Faiz. Sementara ketiadaan Firdaus, Fatin merupakan orang yang amat dipercayai oleh Haji Ilham dalam urusan hal ehwal syarikat.


Apa yang akan terjadi kepada Firdaus? Dan apakah konflik yang bakal menimpa Firdaus, Fatin dan Ain? jom tgok. yea...

Selasa, 12 Mac 2013

Cepat masa Berlalu........

Asslamuailkum... syukur alhamdulillah Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. Alhamdulillah 'ala kulli hal rasa cepat masa berlalu.. dah pun bulan.. 3 aku dh x rajin plak tulis diari. aku.. ikut  mood plak nk  menulis... hari jumaat lalu 8 Mac 2013 aku pergi  kerumah kak anum  jenguk ma bakal mak mentua aku.. x lama lagi.. dari  balik kerja rehat mkn dengan family lepas tue gerak ambik tira kat shah alam... nk gi ambik  tira dh jem.. huuhhu kira sampai umah kakanum.. dah malam dalam kul 10.00 mlm sori yea.. najmi ku sayang... 
ma x sihat. 3bulan. stgh sbb sakit strok sebelah kiri.. kaki. x leh gerak . nk melawat kat kelantan jauh najmi kata ma datang kl so dgn masa  peluang yg ada aku. dgn family aku melawat dkt sri gombak umah kak najmi  kak anum.. ma datang kl sbb nk berubat ke melaka plak. sekarang nie ulang alik melaka kl ( sri gombak) harap ma cepat sembuh.. amin..  ya robbal alamin.... mudah- mudah..... mira 12.03.2013 selasa.....