Rabu, 30 Januari 2013

The kinG of Drama telah tamat Semalam 29.1.2013



dah lama aku x tulis.. diari... ku... nie... semalam.. tamat lah sudah cite kesukaan ku.. iaitu.. cite korea. the king of drama . ...aku... hantu.. korea. heegee . klu .. nk felling.. cite.. drama korea.. yang aku.. suka nk tengok sampai tamat episod cite tue... msj or call aku.. dah x layan... siap pesan... dekat.. si dier msj jap lagi.. huuhhu  sinopsis cite ke sukaan aku... the king of drama bercerita tentang kisah di sebalik produksi sebuah serial drama , drama ini berkisah tentang kehidupan Anthony kim ( dilakon oleh kim myung min ),seorang pemilikperusahaan produksi drama yang melakukan segala sesuatu  demi mendapat kan wang dan  rating drama yang tinggi  bermutu tinggi..Lee go eun( dilakon kan oleh Jung Ryu Won)  adalah penulis  naskah / skenorio wanita  amatir  yang idealis  yang bijak dalam penulisan... skrip yang berkebolehan..sementara hyun kang min( dilakon oleh choi si won) seorang selebriti or artis yang  top , tampan dan mempersona namun.. ada sikit. ego dan sombong. konflik pun akan terjadi  diantara ketiganya  saat mereka berkerjasama seri drama tv baru.best.. cite.. nie.. pasal cinta kerjaya mengejar cita-cita dan kehidupan...

Selasa, 22 Januari 2013

beRkelah Sungai ke dondong Batangkali 20.01.2013



asslamuailakum.. semalam aku p berkelah.. dgn si dier dengan.. kawan-kawan . dier lebih kurang 8 org.. 4 org perempuan.. termasuk aku...yg lain lelaki... tp aku.. x mandilah.. dier jelah.. mandi....dengan member lelaki.. aku... dengan anim jer x mandi.. dok santai... jerlah.. sambil borak sedup udara segar.. cipta yg maha kuasa ... yg aisyah dgn mira main.. air... x mandi.. pon.... dah lama x berkelah... air sungai... jernih.... rasa nk gak... mandi... rasa nk terjun.. kat dalam.. air terjun.. tue.. heehee  tp susah... klu.. dah nama perempuan... nk salin pakaian... kat mana plak... toilet... ada tp jauh.. plak.. tgok... jer lah... air... yg jernih... huuhhuhhu.....lain.. kali... klu nak mandi... heeehe...

Rabu, 16 Januari 2013

Dia Dah Dekat Di Hati......^_^

asslamuailakum salam pagi rabu.. syukur ahamdulillah  kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur".
Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. hari ini..ku tulis dalam diari ku.. yang si dia dah tukar site dulu dia uruskan site kat kajang sekarang ini urus site putrajaya dekat -dekat masjid besi. presint 3 aku.. plak kerja kat presint 2 . Si dia urus kan projek tabung haji buat pejabat tabung haji 7 tingkat. Walau pun jarang jumpa  .. aku.. dapat rasa  dia  sentiasa  dekat. dengan... aku.. luarahan.. hati ingin mengata sesuatu simbol iaitu 143 untuk pemilik nama SNM.

Selasa, 8 Januari 2013

Termakbulkah DoaKu? pengajaran.. untuk diri..dan renungan...ku..

Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.



Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah.
Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan:

 "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-'Araf, 55).



Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya.


 Firman Allah:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).


FirmanNya juga:
"Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Ghafir, 60).


Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah.



 Sabda Nabi s.a.w:
"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). 
Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya.
Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa.


Sabda Nabi s.a.w : "Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Mereka bertanya: Apa itu tergopoh-gapah ?. Baginda menjelaskan : Orang yang tergopoh-gapah apabila dia berkata aku sudah berdoa! aku telah pun berdoa! tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa"(Riwayat Muslim).



Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya.
Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain.

Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia.


 Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya.

Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk.
Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut.


Sabda Nabi s.a.w : "Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya". (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih).

Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik.


 Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam.


Sabda Nabi s.a.w : "Doa itu adalah ibadah" (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak.


Firman Allah: (maksudnya): "Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka" (Surah al-Ahqaf, 5-6).




Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan.




Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan.




Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya.




 Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.


Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa.





Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim.


Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.




Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.


renung.. dan fikir.. sejanak... .. 





 











"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."





Khamis, 3 Januari 2013

misi seterusnyer... heeehee

Syukur alhamdulillah.. kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur".

Moga hari esok kita bangkit dengan jiwa penuh syukur kerana masih diberi kekuatan untuk berdoa. Alhamdulillah 'ala kulli hal.  Dan satu hari nanti, apabila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. untuk tahun 2013 nie... alhamdulillah.. najmi.. dh kerja kat kirara puchong.. umah.. Qaseh 1, 2, 3 dah siap.. sekarang.. urus  site dekat kajang.. pulak.55unit double storey terrace house. cth... umah  ambik kat 
geogle.. cth.. jer.. harap-harap tahun 2013 nie... lebih.. baik.. dari tahun.. lepas....

Rabu, 2 Januari 2013

SeLamat Tahun baRu 2013

rasa x pecaya dah masuk tahun.. baru.. huuhhu 2013 selamat.. tinggal.. tahun 2012 penuh.. kenangan.. manis pahit... suka dan duka.... tahun.. baru nie.. kena ada azam.. baru... kan... byk.. nk kena prepair.. untuk tahun baru... 2013 nie.. huuhhu terutama nyer bulan 6 nanti.. tinggal 5 bulan.. jer... harap- harap semua berjalan dgn lancar... untuk tahun baru.. 2013 amin.. yaralamin.....